Dewasa Akhir

Februari 14, 2007

KESIHATAN MENTAL

Filed under: 3) KESIHATAN MENTAL — by weeyuying @ 1:49 pm

 

mental.jpg

Penyakit-penyakit mental di usia lanjut adalah seperti nyanyuk (dimentia) dan kemurungan. Penyakit dimentia terbahagi kepada dua iaitu Penyakit Alzheimer dan meracau (Delirium).Dementia merupakan kemerosotan fungsi intelektual dari segi pemikiran, kognitif dan pengingatan yang mengganggu kehidupan seseorang. Dementia merupakan satu masalah untuk orang yang lanjut usia terutamanya di kalangan umur 65 tahun ke atas tanpa mengambil kira faktor kaum, bangsa dan latar belakang ekonomi. Walaupun dementia juga menyerang dewasa pertengahan iaitu di kalangan umur 40-an hingga ke 50a-n, tetapi keadaan ini jarang berlaku. Mungkin disebabkan umur wanita secara puratanya lebih panjang daripada lelaki, dementia biasanya berlaku pada kaum wanita.

Penyakit Alzheimer

alz1.gif

Menurut Barbara Hansen Lemme (1995), Alzheimer (disebut sebagai Altz-hi-merz) merupakan punca utama untuk dementia. Penyakit Alzheimer, iaitu sejenis penyakit mental tanpa penyebab yang jelas dan tiada penyembuhan yang khusus.Alzheimer disebabkan berlakunya kemerosotan oleh neuron yang terdapat di dalam otak, terutamanya di hippocampus serta frontal dan temporal lobes di cerebal cortex (Barbara Hansen Lemme,1995). Tempat-tempat ini merupakan bahagian otak yang terlibat dalam kegiatan ingatan, bahasa dan kognitif. Disebabkan faktor yang tidak diketahui, neuron-neuron berkembang dalam keadaan yang luar biasa. Amyloid plague yang berbentuk sfera mengeluarkan sisa bahan daripada bahagian neuron yang merosot. Ciri-ciri Alzheimer ialah:

  • Kehilangan ingatan (bermula dengan ingatan jangka masa pendek tetapi akhirnya melibatkan ingatan jangka masa panjang)
  • Pengeliruan (masa dan tempat berlakunya sesuatu perkara)
  • Kemerosotan penilaian
  • Pengurangan kemahiran bahasa dan komunikasi, contohnya susah untuk menyebut nama
  • Penukaran dari segi personaliti dan perangai, contohnya, rasa tidak tenteram, mencurigai
  • Susah untuk melaksanakan tugas harian, contohnya, mandi dan memakai baju (Cohen, 1988; Lee, 1991; Teri et al., 1992)

Dalam kes Fontana dan Smith (1989), pesakit mereka, Joe duduk di sebuah kerusi apabila telefon itu berbunyi. Secara automatik, Joe mengangkatkan telefon itu dan menjawab “Hello”, tetapi selepas itu dia memegang telefon itu dan melihat dengan keliru, lalu berkata, “Apakah benda ini?”. Kemudian, Joe menyerahkan ‘objek ganjil’ itu kepada jururawat yang berdekatan. Punca Alzheimer belum diketahui, tetapi ahli saintis membuat hipotesis penyakit ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu genetik, penyerangan virus, persekitaran yang toksin, biokimia dan sebagainya. Rawatan perubatan boleh mengurangkan keseriusan beberapa ciri penyakit seperti rasa tidak tenteram. Di samping itu, aktiviti fizikal, penglibatan sosial, pengambilan nutrisi yang baik, penjagaan kesihatan dan persekitaran yang aman boleh memperbaiki keadaan Alzheimer. Berkomunikasi dengan mangsa Alzheimer adalah sesuatu perkara yang mencabar. Cadangan di bawah berguna semasa berkomunikasi dengan mereka:

  • Jangan menjerit
  • Jangan memberikan pesakit itu terlalu banyak pilihan
  • Tanya soalan secara berhati-hati
  • Jikalau anda ingin mengulangi sesuatu, gunakan perkataan atau ayat yang sama
  • Tunggu pesakit memberikan jawapan secara sabar, jangan tergesa-gesa untuk jawab diri
  • Bertutur secara perlahan
  • Jangan gunakan bahasa bayi atau kanak-kanak
  • Sebutkan nama pesakit dengan kerap
  • Sentuhan yang lembut pada tangan atau lengan boleh menenangkanBarbara Hansen Lemme, 1995)

Kemurungan

Individu yang mengalami masalah kumurungan akan berasa tidak gembira, bosan, tidak bersemangat dan harga dirinya rendah. Merujuk kepada Rajah Kemurungan dan Jantina untuk umur 50 hingga ke 80, didapati wanita adalah lebih senang untuk dilanda kemurungan berbanding dengan lelaki. Skor lelaki didapati meningkat secara mendadak untuk umur dalam lingkungan 60 hingga 80 di mana berbeza dengan kaum wanita. Menurut John W. Santrock (2004), lelaki lebih mengalami realiti perubahan yang disebabkan oleh lanjutan usia di mana mereka perlu bersara dan tidak lagi melibatkan diri dalam dunia pekerjaan yang aktif dan mencabar.

graf1


Kajian menunjukkan bahawa kemurungan akan menjejaskan kesihatan dewasa akhir (Fonda & Norgard, 1999). Kajian Mcguire, kiecolt-Glaser & Glaser (2002) membandingkan dewasa akhir (purata umur ialah 72.5 tahun) yang menghadapi masalah kemurungan kronik dengan dewasa akhir yang normal. Keputusan menunjukkan, dewasa akhir yang mempunyai masalah kemurungan didapati daya pertahanannya adalah lebih rendah. Justeru itu, dewasa akhir memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada pihak masyarakat dan ahli keluarga dalam membantu mereka untuk mengurangkan risiko berlakunya kemurungan (Blazer, 2002).

Kemurungan boleh dirawati, tidak kira dewasa muda atau dewasa akhir. Walau bagaimanapun, sebanyak 80% dewasa akhir yang mempunyai ciri-ciri kemurungan tidak menerima sebarang rawatan (John W. Santrock 2004). Menurut Koenig & Blazer (1996), penggabungan kaedah meditasi dan psikoterapi menghasilkan satu keputusan baik yang signifikan di mana 4 dewasa akhir daripada jumlahnya 5 orang yang dilanda kemurungan.

Kesan kemurungan bukan sahaja akan mengakibatkan kesedihan individu itu, malah dia mempunyai kecendorongan untuk bunuh diri. Hampir 25 peratus individu yang membunuh diri di Amerika Syarikat adalah dewasa akhir yang berumu 65 dan ke atas (Church, Siegel & Fowler, 1988). Antara dewasa akhir yang lebih cendorong untuk membunuh diri ialah lelaki yang tinggal perseorangan, kehilangan pasangannya atau menghadapi masalah kesihatan.

Perkhidmatan Kesihatan Mental

Sebagai implikasi, dalam memberikan perkhidmatan kesihatan mental kepada kaum tua, pihak berkenaan mesti mengambil berat tentang kemungkinan wujudnya limitasi fizikal. Para terapis perlulah mengenal pasti persekitaran bilik terapi atau kaunseling adalah terbuka kepada klien kaum tua. Bilik harus cukup terang dan semua situasi yang menghadkan gerakan fizikal perlu dikenal pasti. Contohnya, jika klien kaum tua perlu menggunakan alat bantuan pendengaran, kaunselor atau terapis harus memastikan semua alat tersebut sedia ada semasa sesi kaunseling dijalankan. Seseorang terapis atau kaunselor harus memahami individu klien untuk mengenalpastikan tanda-tanda masalah kesihatan mentalnya yang disebabkan oleh faktor biologikal. Contohnya, sesetengah kes delirium adalah disebabkan oleh jangkitan saluran urin, ketidaknormalan elektrolit, hypoglycemia, ketidakfugsian hati dan ginjal ataupun demam (Tune, 2001).

Kebanyakan orang tua menangguhkan perkhidmatan kesihatan mental dan tidak memberikan kerjasama semasa rawatan dijalankan. Ini mungkin disebabkan para kaum tua tidak berani menghadapi kenyataan bahawa mereka telah menghidapi masalah kesihatan mental. Ramai di kalangan mereka yang tidak menitikberatkan rawatan kesihatan mental. Kebanyakan masalah ini timbul disebabkan oleh kurang kefahaman dengan rawatan, budaya atau kepercayaan tradisi terhadap penyakit dan kekurangan sumber kewangan. Juga terdapat dewasa akhir yang rasa mereka sudah lanjut usia dan tidak perlulah membazirkan masa dan wang untuk menerima rawatan lagi. Sebagai contohnya di Malaysia, pendidikan dan kesedaran tentang rawatan kesihatan mental perlu diberikan supaya orang ramai sedar tentang kepentingan rawatan. Selain itu, para profesional dalam bidang kesihatan mental harus menaksir sebab-sebab ketidakpatuhan klien dan apakah elemen yang perlu ditekankan bagi mengurangkan ketidakrelaan klien untuk menerima rawatan.

 

The Toni Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.