Dewasa Akhir

Februari 14, 2007

KELAMBATAN

Filed under: 4) KELAMBATAN — by weeyuying @ 2:00 pm

loerespond.jpg

Bukti saintifik menunjukkan bahawa secara amnya, kita akan bertindak dengan lebih perlahan apabila umur meningkat. Keadaan ini juga berlaku kepada mahluk hidup yang lain. Kelambatan ini disebabkan perubahan berlaku di pusat sistem saraf. Sel otak adalah berbeza dengan sel badan kita di mana sel otak tidak akan dapat digantikan walaupun ia mati atau wujudnya kecacatan. Jikalau sel di pusat sistem saraf mati, sel-sel adalah tidak mencukupi dan gerak-geri yang dikawal oleh pusat sistem saraf akan berlaku kelambatan. Kelambatan yang berlaku pada dewasa akhir adalah membahayakan. Pemandu dan pejalan kaki dewasa akhir akan menghadapi risiko yang lebih tinggi kerana mereka akan menemui keadaan di mana tindak-balas yang cepat diperlukan. Ini akan menyebabkan orang tua mengalami tekanan dan runsingan apabila mereka tidak berupaya melaksanakan tugas yang memerlukan tindak-balas yang lebih cepat (Robert Kastenbaum, 1979).

Orang tua biasanya memperolehi keputusan ujian (sama ada dalam jawab soalan atau jenis eksperimen) yang lebih lemah jika dibanding dengan yang muda. Jikalau hanya markah ujian dijadikan sebagai piawai perbandingan, ini akan mempamerkan satu fenomena bahawa keupayaan orang tua adalah kurang daripada yang muda. Keputusan ini sebenarnya tidak signifikan. Ini adalah sebab, kelambatan orang tua akan menjejaskan prestasinya dalam menjawab soalan yang perlu berlumba dengan masa atau mempunyai had masa tertentu untuk menjawab. Ini adalah sebab, orang tua mungkin akan lambat dari segi pembacaan, mencari ingatannya, membuat keputusan dan memberi maklum balas yang cukup cepat untuk memperolehi skor yang tinggi. Justeru itu, jikalau masa bukan satu keadaan yang penting untuk mempengaruhi keputusan ujian, perbezaan antara prestasi orang tua dan orang muda adalah kurang (Robert Kastenbaum, 1979).

Walau bagaimanapun, hidup sebenar adalah tidak sama atau lebih rumit daripada ujian atau situasi eksperimen. Satu ujian yang khas boleh direka untuk dewasa akhir untuk memastikan individu yang umur 85 mempunyai masa yang mencukupi untuk jawab soalan. Sungguhpun begitu, apabila dia menjejak kaki ke dunia sosial fizikal, tiada perubahan atau penyelarasan untuknya. Akibatnya, dia akan menghadapi kesukaran dan menjejaskan kecekapannya (Robert Kastenbaum, 1979).

Pengurangan Kelambatan

Diane S. Woodruff (1975) telah mencadangkan supaya menentangkan gelombang otak dengan menggunakan teknik ‘biofeedback’. Teknik ini direka untuk membolehkan seseorang dewasa akhir mengawal proses psikologikalnya sendiri, contohnya dari segi tekanan darah, tindak-balas otot, suhu badan dan tahap kecergasan. Keadaan ini boleh dilakukan dengan menggunakan teknik yang membolehkan individu mengawal tahap fungsi daripada proses psikologi mengikut kehendaknya. Pelbagai kajian sedang dijalankan. Jikalau kajian ini berjaya, wujudnya kemungkinan untuk individu mengawal temponya.Sungguhpun kerja yang dilakukan oleh dewasa lanjut usia adalah kurang dari segi kuantiti, tetapi mereka yang berpengalaman boleh menekan qualiti dan ketepatan terhadap hasil kerja yang dilakukan.

2 Komen »

  1. always i used to read smaller content that also clear
    their motive, and that is also happening with this
    post which I am reading at this place.

    Komen oleh http://www.concretesealer1.wordpress.com/ — Mac 12, 2014 @ 4:55 am

  2. I don’t know whether it’s jusst mee or if perhaps
    everybody else experiencng issues with your site. It looks
    like some of the text within your posts arre running off tthe
    screen. Can somebody else pleaase provide feedback aand let mee know if this is happenin to them as well?
    This could be a problem with my internet browser because I’ve had this happen before.
    Thank you

    Komen oleh concrete contractor nh — Jun 21, 2014 @ 3:01 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: