Dewasa Akhir

Februari 14, 2007

PENDERAAN

Filed under: 6) PENDERAAN — by weeyuying @ 2:37 pm

1.JPG

Di Amerika terdapat lebih daripada 2 juta orang tua menjadi mangsa penderaan dan pengabaian dari segi fizikal mahupun psikologikal.Malangnya, ini mungkin hanya lebih kurang 20% daripada keseluruhannya, sedangkan banyak tidak dilaporkan. Mengikut pandangan Papalia dan rakannya (2001 dalam Zastow & Kirst-Ashman, 2004), sebanyak 5% daripada jumlah populasi orang tua di Amerika merupakan mangsa penderaan.Biasanya, orang yang mendera mereka adalah seperti anak sendiri bagi mangsa orang tua berkenaan, penjaga, atau orang lain.Walau penderaan orang tua boleh berlaku di rumah orang tua atau institusi, tetapi ia lebih kerap berlaku di rumah sendiri di mana mangsa itu tinggal bersama dengan ahli keluarga.

Keadaan keluarga yang biasanya berkaitan dengan penderaan dan pengabaian orang tua adalah seperti:

  • keluarga di mana terdapat corak dan sejarah berlakunya penderaan.
  • tekanan dan penyesuaian untuk tinggal bersama dengan orang tua.
  • beban kewangan.
  • ruangan yang terlalu sesak.
  • tekanan perkahwinan yang disebabkan oleh penyesuaian kehidupan.

Lazimnya, penderaan orang tua boleh dibahagikan kepada empat kategori berikut:

  • penderaan fizikal: tingkah laku yang mengakibatkan kesakitan atau kecederaan fizikal.Ini termasuk menumbuk, mengikat dan penderaan secara sexual.
  • penderaan psikologikal: tingkah laku yang menyebabkan kederitaan mental. Ini termasuk memarahi, memalukan dan menyindir
  • penderaan kewangan (financial abuse): mengambil guna harta atau wang mangsa dengan cara yang tidak betul atau tidak sah dari segi undang-undang.
  • pengabaian: Ini termasuk gagal atau tidak rela melaksanakan tugas penjagaan seperti tidak membekalkan makanan kepada mangsa, tidak menjaga kesihatan mangsa atau membiarkan mangsa. Untuk mengurangkan berlakunya penderaan dan pengabaian orang tua, langkah-langkah berikut boleh diambil:
  • pendidikan awam diadakan secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko yang terlibat dalam penderaan.
  • meminta bantuan daripada ahli keluarga lain, rakan atau mengupah orang lain dalam penjagaan orang tua. Pelepasan daripada tugas menjaga orang tua sementara dapat mengurangkan tekanan.
  • memperluaskan hubungan sosial dan sokongan demi menguruskan tekanan. Sesetangah organisasi dan kumpulan sokongan amat berguna dalam membekal sokongan dan maklumat yang berguna.
  • meminta nasihat daripada pakar kesihatan mental yang berjurus dalam gerontologi. Kaunseling dan rawatan boleh diberikan untuk mengurangkan tekanan. Selain itu, temuduga penjaga sama ada dia berupaya menjalankan tugas serta menentukan sama ada mahu tinggal bersama dengan orang tua.

2 Komen »

  1. “PENDERAAN Dewasa Akhir” was indeed a great post.
    If perhaps it included alot more photographs it would probably be possibly even
    more beneficial. Thank u ,Jodi

    Komen oleh Harry — Februari 17, 2013 @ 10:27 pm

  2. you are actually a excellent webmaster. The
    site loading pace is incredible. It kind of feels that you are
    doing any unique trick. Also, The contents are masterpiece.
    you have done a magnificent activity on this subject!

    Komen oleh walizki, — April 16, 2013 @ 7:44 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: