Dewasa Akhir

Februari 14, 2007

PENYALAHGUNAAN ALKOHOL DAN DADAH

Filed under: 7) PENYALAHGUNAAN ALKOHOL DAN DADAH — by weeyuying @ 4:22 pm

alkohol_och_lakemedel.gif

Dijangkakan bahawa terdapat 17% orang tua di Amerika terlibat dalam penyalahgunaan alkohol dan dadah (Sue & Sue, 2003). Sesetengah daripada mereka adalah disebabkan ketidakjelasan atau ketidakfahaman tentang cara pengambilan ubat sehingga menyumbang kepada masalah penyalahgunaan alkohol dan dadah. Selain itu, didapati bahawa kaki botol orang tua biasanya berkaitan dengan masalah kesunyian, tekanan yang berlebihan, masalah kewangan, konflik interpersonal dengan orang lain dan kurang dalam sumber sosial ( Brennan & Moos, 1996 dalam Sue & Sue, 2003). Lebih kurang 30% orang tua mula menjadi kaki botol pada umur 60 tahun dan ini adalah akibat kemurungan dan perubahan negatif dalam kehidupan (Guerra, 1998 dalam Sue & Sue, 2003)

Orang tua jarang mencari rawatan untuk masalah penyalahgunaan. Ini adalah kerana mereka rasa malu dan tidak selesa untuk mendedahkan masalah ini kepada orang lain. Walau bagaimanapun, berbanding dengan orang muda yang tertagih, pesakit orang tua didapati bertindak balas dengan lebih baik dalan rawatan berkenaan. Masalah penyalahgunaan alkohol dan dadah berhubung-kait dengan tekanan seperti kematian ahli keluarga, pasangan atau rakan, isu pensaraan, konflik keluarga, masalah kesihatan fizikal, atau masalah kewangan.

1 Komen »

  1. You’re so cool! I don’t believe I’ve truly read a single thing like this before. So good to find someone with some original thoughts on this issue. Really.. thank you for starting this up. This web site is one thing that is needed on the internet, someone with a little originality!

    Komen oleh post — Julai 1, 2013 @ 9:37 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: