Dewasa Akhir

Februari 14, 2007

PERCINTAAN DAN HUBUNGAN SEKSUAL

Filed under: 2) PERCINTAAN DAN HUBUNGAN SEKSUAL — by weeyuying @ 1:43 pm

 

 

lovelove1.jpg

Masyarakat kita selalu meragui keperluan perasaan cinta dan seks di kalangan dewasa akhir. Jikalau didapat ada dewasa akhir yang mempunyai minat terhadap isu seks, kita akan terkejut dan memandang rendah kepadanya. Pada tanggapan kebanyakan orang, hanya orang muda yang layak membincangkan percintaan. Sebenarnya, dua orang yang bercinta sehingga umur lanjut biasanya akan terus menikmati kebahagian dalam pengongsian dan kemesraan. 

Dalam masyarakat hari ini, lelaki tua berkahwin dengan wanita muda bukan lagi merupakan satu perkara yang luar biasa. Sememangnya terdapat perbezaan antara jangka hayat umur untuk lelaki dan perempuan. Ini menyebabkan banyak wanita yang menjadi balu dan kehilangan teman seksual sebelum mencapai peringkat dewasa akhir. Menurut Robert Kastenbaum (1979), nisbah wanita yang masih mempunyai pasangan selepas 65 tahun ialah 3 daripada 10, di mana nisbah lelaki ialah 7 daripada 10. Balu yang melanjut usia mempunyai peluang yang lebih rendah untuk mencari pasangan yang sesuai kerana kurang pilihan dan juga disebabkan oleh pengaruh nilai masyarakat.

Menurut Masters dan Johson (1966), banyak dewasa akhir tidak kira lelaki ataupun perempuan mempunyai kebolehan untuk mengekalkan cara hidup seksual yang memuaskan. Walau bagaimanapun, hanya dewasa akhir yang mempunyai kesihatan fizikal yang baik berupaya mengadakan hubungan seks dengan temannya. Secara keseluruhannya, lelaki yang berlanjut usia, perlukan masa yang lebih panjang untuk organ seksnya ereksi dan capai puncak orgasma serta pancutan air mani lebih sedikit berbanding dengan waktu muda. Ini merupakan bimbangan-bimbangan bagi lelaki yang berlanjutan usia. Dia akan risau bahawa jangkaan dan kepuasan isterinya tidak dapat dicapai dan ini merupakan satu tamparan kepada harga dirinya. Untuk menghindarkan diri daripada masalah ini, individu itu akan mengelakan diri untuk mengadakan hubungan seks dengan temannya.Akibatnya, dia akan mendapati semakin susah untuk mengadakan hubungan seksual pada hari kemudian.

Bagi wanita tua yang sudah putus haid, ovarinya yang kurang berfungsi akan mengakibatkan dia rasa tidak selesa ataupun sakit apabila mengadakan seks. Setelah lanjut umur, terdapat perubahan dari segi fizikal di mana dinding farajnya akan menjadi nipis. Sungguhpun dewasa tua menghadapi banyak masalah dalam hubungan seksnya, masalah ini boleh diatasi dengan mewujudkan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kebahagian satu perkahwinan bukan dinilai oleh kekerapan kali seks tetapi adalah dari segi kemesraan, bertolak-ansur, mengambil berat dan menghormati orang yang dicintai sepanjang hayat (Masters dan Johson, 1966).

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: