Dewasa Akhir

Februari 28, 2007

CABARAN MINDA

Filed under: 9) CABARAN MINDA — by weeyuying @ 2:21 am

questionmark.jpg

 Soalan Objektif:

1.Apakah yang dimaksudkan ‘jangka hayat’?

A. Risiko kematian

B. Umur purata untuk kematian

C. Jumlah tahun hidup untuk seseorang hidup

D. Had tahun hidup bagi spesies

2.Perkataan ‘dewasa akhir’ membawa maksud

A. Penghormataan kepada golongan ketuaan

B. Pandangan dari segi sosial terhadap orang yang lebih tua

C. Piramid populasi untuk demografi

D. Menilai orang berdasarkan umur kronologikal

3. Sebab yang utama kita tidak dapat mengenalpastikan orang itu muda atau tua ialah

A. Mereka tidak memenuhi stereotaip ketuaan

B. Mereka tidak integrasi dalam masyarakat

C.Mereka merupakan golongan minoriti yang bermasalah

D. Bilangan mereka adalah tidak banyak

4. Manakah kategori di bawah yang mengambarkan ciri ketuaan?

A. Boleh dibalik seperti yang sedia ada

B. Tidak boleh dibalikkan seperti yang sedia ada

C. Boleh dicegah

D. Boleh dipulihkan

5. Mereka yang bercakap dengan golongan ketuaan perlulah

A. Cakap dengan meningkatkan suara dengan kuat

B. Cakap dengan cepat dan jelas

C. Jerit, terutamanya semasa bercakap telefon

D. Prihatin terhadap gangguan yang timbal daripada persekitaran

6. Ketuaan dan penyakit sering dikaitkan dengan golongan lanjut usia sebab

A. Memakan masa yang lebih lama untuk sembuh daripada sakit

B. Kebanyakannya menghidap lebih daripada satu penyakit

C. Tidak akan sembuh seratus-peratus daripada penyakit

D. Mengambil cuti sakit lebih panjang daripada pekerja muda

7. Ketuaan berkait dengan perubahan sistem daya tahan yang berkaitan dengan di bawah kecuali:

A. Kehilangan sel T

B. Pengecutan kelenjar timus

C. Pengurangan antibody

D. Pengurangan keupayaan sel B dalam fungsi membalik pulih kerosakan

8. Di antara teori di bawah, teori manakah yang bukan menjelaskan perkembangan fizikal dewasa akhir?

A. Teori Cellular Clock

B. Teori Free Radical

C. Teori Hormonal Stress

D. Teori Disengagement

9. Hipochondriasis merupakan salah satu kecelaruan kefungsian mental di golongan dewasa akhir dan

A. Kebanyakannya berlaku di kalangan kaum lelaki daripada wanita

B. Mempunyai sikap prasangka terhadap orang lain

C. Sikap individu yang sering merasakan mereka mempunyai penyakit tertentu

D. Memperlihatkan perasaan dan tingkah laku bersedih hati yang ekstrim

10.Kenyataan di bawah adalah salah mengenai Cerebal Arteriosclerosis

A. Apabila gangguan ini teruk, individu boleh menjadi tidak peka dengan sentuhan dan kadang-kala terus lumpuh

B. Mengganggu kualiti tidur di mana sukar untuk tidur ata sering terjaga tidur di waktu malam

C. Terganggu perasaannya di mana akan sering letih dan dihinggapi sakit kepala yang teruk

D. Kebolehan mental menjadi lemah, terutama sekali berhubung dengan daya ingatan, perhitungan dan mengassimilasi informasi-informasi atau maklumat yang terbaru

11. Aspek penuaan afektif meperlihatkan

A. Peningkatan umur ke tahap lanjut usia akan menyebabkan kelemahan kupayaan mengassimilasi informasi baru dan sukar untuk mempelajari sesuatu pengetahuan baru

B. Memperlihatkan ciri-ciri penurunan keupayaan untuk mengubahsuaikan diri sesuai dengan persekitaran baru yang dihadapi

C. Merujuk kepada penuaan kebolehan biologikal individu khususnya berhubung dengan kelemahan otot-otot badan, sistem saraf dan keupayaan fizikal

D. Individu tua akan menyesuaikan cara tingkah laku sosial bersesuaian dengan tahap umur yang dilalui

12. Belloc dan Breslow (1970) mendapati wujudnya kebiasaan personal yang berkait rapat dengan kesihatan individu lanjur usia. Kebiasaan manakah yang tidak termasuk?

A. Aktiviti menghisap rokok

B. Mengambil alkohol secara berlebihan

C. Selalu bergaduh dengan orang lain

D. Tidak melakukan senaman

13. Kenyataan di bawah manakah yang bukan merupakan faktor utama mempengaruhi keadaan kesihatan individu lanjut usia?

A. Faktor biologi

B. Faktor persekitaran

C. Faktor psikologikal

D. Faktor ekonomi

14. Ahli psikologi perkembangan yang mengkhusus dalam bidang kajian lanjutan usia akan mempelajari bidang ilmu

A. Gerontologi

B. Sosiologi

C. Neurologi

D. Fisiologi

15. Golongan dewasa akhir tidak dapat melihat objek dengan jelas kerana

A. Terlalu banyak cahaya pada objek yang dipancarkan

B. Kanta mata terlalu sensitif untuk cahaya menembusinya

C. Kanta mata mula menjadi kurang kenyal

D. Bekalan darah ke bahagian mata terlalu banyak sehingga menyebabkan orang tua tidak dapat membezakan cahaya warna

16. Sistem pernafasan dewasa akhir yang bermasalah akan mengakibatkan kesan

A.Kemurungan

B. Dimentia

C. Paranoid

D. Hilang kesedaran

17.Salah satu daripada masalah utama yang dialami oleh kaum wanita selepas putus haid ialah mereka mengalami penyakit sengal-sengal tulang yang dikenali sebagai

A. Menopause

B. Kretinisme (cretinism)

C. Osteoporosis

D. Microcephaly

18. Umur lanjutan individu perempuan di Jepun ialah

A. 81.9

B. 88.9

C. 72.3

D. 76.5

19. Pilihkan kenyataan yang salah

A. Dewasa akhir juga dikenali dengan panggilan tahap umur menuai (harvest years)

B. Didapati orang tua perempuan lebih banyak mengalami penurunan kebolehan pendengaran berbanding dengan lelaki

C. Dewasa akhir tidak mempunyai selera makan yang menggalakan

D. Paru-paru dewasa akhir mengandungi jumlah oksigen yangs edikit di mana jumlah sisa nafas yang dilepaskan adalah lebih tinggi

20. Pasangan di bawah adalah betul kecuali

A. Otak- Tumbesaran dendrit terhenti sewaktu berumur 90-an, mungkin disebabkan tiada rangsangan persekitaran

B. Rupa bentuk fizikal- berat meningkat

C. Penglihatan- berkurangan

D. Bau dan rasa- kebanyakannya hilang deria bau atau rasa atau kedua-duanya sekali

21. “ Konflik sosial yang dialami oleh orang tua merupakan tahap terakhir konflik di antara diri dan masyarakat sekeliling. Konflik akan berlaku di antara kesempurnaan hidup dan putus harapan”. Konsep ini disarankan oleh

A. Sigmund Freud

B. Lawrance Kohlberg

C. Jean Piaget

D. Erik Erikson

Soalan Struktur :

1.Bagaimanakah golongan dewasa akhir boleh mengelakkan diri daripada menghadapi

penyakit mental?

2.Mengapakah masyarakat mempunyai tanggapan yang negatif ke atas golongan dewasa akhir?

1 Komen »

  1. Excellent pieces. Keep posting such kind of info on your blog.
    Im really impressed by your site.
    Hi there, You have done a fantastic job.
    I will certainly digg it and for my part suggest to my friends.
    I’m confident they’ll be benefited from this site.

    Komen oleh www.hidinginmycraftroom.com — Mei 20, 2013 @ 3:40 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: