Dewasa Akhir

Februari 14, 2007

KESEPIAN

Filed under: 5) KESEPIAN — by weeyuying @ 2:08 pm

 

lone.jpg

 

Individu yang memasuki tahap dewasa akhir akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan psikologi. Salah satu perubahan psikologi adalah kesepian. Pemilihan tempat tinggal juga ikut mempengaruhi rasa kesepian pada dewasa akhir. Budiyati (2003) menjalankan satu kajian untuk membandingkan tahap kesepian antara dewasa akhir yang tinggal di rumah penjagaan dan yang tinggal bersama dengan ahli keluarga. Responden dalam kajian ini berjumlah 60 orang yang berusia dari 65 tahun dan ke atas di mana 30 dewasa akhir tinggal di rumah orang tua dan 30 dewasa akhir tinggal bersamaan ahli keluarga. Hasil penelitian menunjukkan dewasa akhir yang tinggal di rumah penjagaan mengalami kesepian yang lebih tinggi.
(http://psikologi-untar.com/abstrak/tampil.php?id=115)

Dewasa akhir yang tinggal di rumah orang tua mungkin tidak berupaya menyesuaikan diri dengan individu-individu lain di institusi. Keadaan ini akan menyebabkan mereka berasa sunyi-sepi sehingga mencetuskan penyakit mental dan sosial. Menurut Elmore (1974), kesunyian yang dialami oleh individu lanjut usia adalah salah satu faktor psikologikal yang mempengaruhi kesihatan orang tua. Mereka akan mengalami kesukaran untuk tidur, merasa lenguh-lenguh sendi dan sebagainya kerana merindukan ahli keluarga. Akibatnya, kesunyian ini akan mempengaruhi perasaan dan juga kesihatan mereka.

Sebenarnya, kebanyakan individu tua adalah sihat dan berupaya untuk hidup berdikari, dengan memerlukan bantuan yang minima. Hanya 5% daripada mereka yang berumur 65 tahun tinggal di rumah penjagaan; ini meningkat menjadi hanya 22% semasa umur 85 tahun (Heller, 1998). Kira-kira 9% daripada mereka yang berada antara umur 65 dan 69 memerlukan bantuan personal untuk aktiviti harian; apabila umur 85 dan ke atas, lebih kurang 50% yang memerluan jagaan. Daripada semua kategori umur tersebut, wanita adalah lebih memerlukan penjagaan, berbanding dengan lelaki (U.S. Bureau of the Census, 1995). Justeru itu, ahli keluarga dewasa akhir tidak haruslah menganggap mereka sebagai golongan yang menyusahkan dan terus menghantar mereka ke rumah penjagaan tanpa mengambil kira kehendak mereka.

Advertisements

Blog di WordPress.com.